Gila Baby
Gila Baby

Gila Baby

Gila Baby merupakan sebuah filem komedi Malaysia 2014 arahan Kabir Bhatia dan dibintangi oleh Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Fimie Don, Sharnaaz Ahmad, Adlin Aman Ramlie, Jalil Hamid dan Lan Pet Pet. Filem ini mengisahkan Bob (Beto Kusyairy) yang memerlukan wang yang banyak bagi membiayai kos pembedahan ayahnya di hospital. Terpaksa mengambil jalan mudah, Bob membantu Roy (Sharnaaz Ahmad) mencuri kereta dan akhirnya telah menemui seorang bayi di tempat duduk belakang kereta tersebut. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 4 Disember 2014.